KKM perluas penggunaan sistem digital untuk pergigian

KKM perluas penggunaan sistem digital untuk pergigian

DR. DZULKEFLY Ahmad (dua dari kanan) melihat pelatih melaksanakan tugasan rawatan pergigian ketika melawat Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang memperluas penggunaan sistem digital seperti Dental Information System (DIS) bagi meningkatkan kecekapan serta keseragaman perkhidmatan pergigian di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu selaras dengan usaha pendigitalan KKM ke arah sistem kesihatan moden dan bersepadu yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Setakat tahun ini, sebanyak 71 klinik pergigian telah menggunakan sistem DIS. Menjelang tahun 2027, kita menyasarkan 956 klinik akan beroperasi secara digital sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada sesi Lawatan Rasmi dan Sesi Ramah Mesra di Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Institut Latihan KKM (Pergigian) Georgetown, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, perkembangan teknologi digital bukan sahaja meningkatkan mutu perkhidmatan pergigian malah memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang lebih pantas, tepat dan seragam di seluruh negara.

Katanya, KKM juga kini berada di barisan hadapan dalam merealisasikan sistem kesihatan pintar yang berteraskan teknologi baharu.

“Kita kini berada di era ‘Artificial Intelligence’ (AI) dan sektor kesihatan turut melangkah seiring melalui pelbagai inisiatif pendigitalan. Pendigitalan ini bukan sekadar soal sistem tetapi soal cara kerja baharu yang lebih cepat, tepat dan berpusatkan pesakit,” katanya.

Beliau berkata, teknologi seperti AI dan 3D Printing kini digunakan dalam pembuatan prostesis gigi yang membolehkan proses rawatan menjadi lebih efisien serta meningkatkan ketepatan hasil bagi pesakit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN