Kim Woo Bin, Shin Min Ah umum kahwin Disember ini - Utusan Malaysia

Kim Woo Bin, Shin Min Ah umum kahwin Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pasangan kekasih kesayangan ramai, pelakon, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah mengumumkan khabar gembira bakal mendirikan rumah tangga pada Disember.

Berita itu dikongsikan agensi mereka AM Entertainment memaklumkan pasangan itu sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya selepas 10 tahun menjalin cinta.

Majlis akan diadakan secara tertutup di Seoul pada 20 Disember ini dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

“Bedasarkan kepercayaan yang telah dibina selama ini, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berjanji untuk sehidup semati.

“Kami berharap agar peminat terus memberikan sokongan dan restu untuk mereka meneruskan kehidupan bersama.

“Mereka akan tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon dan memberikan persembahan lakonan yang hebat untuk membalas sokongan anda semua,” tulis kenyataan itu seperti dilaporkan media antarabangsa.

Kisah percintaan dua pelakon itu bermula pada Januari 2015 apabila masing-masing terlibat dalam satu projek iklan. Sejak itu, mereka dilaporkan semakin rapat.

Pada Julai tahun yang sama, mereka mengesahkan sudah bercinta. Kim kemudian diduga dengan penyakit kanser dan Shin memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada kekasihnya sehingga sembuh.

Sehingga kini, kisah cinta mereka sering menjadi tumpuan peminat yang menganggap hubungan mereka begitu ikonik. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN