Keutamaan semasa kerajaan tangani isu keselamatan kenderaan berat

Keutamaan semasa kerajaan tangani isu keselamatan kenderaan berat

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Keselamatan jalan raya bukan tanggungjawab satu kementerian sahaja sebaliknya ia menuntut kerjasama semua peringkat kerajaan dan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau komited memastikan keputusan di peringkat nasional diterjemahkan kepada perlindungan sebenar di lapangan.

“Keutamaan semasa seperti memperkukuh keselamatan kenderaan berat melalui tali pinggang keledar berfungsi, pemasangan pengehad kelajuan, penambahbaikan standard rehat dan latihan.

“Ini termasuk pengenalan pemantauan telematik untuk meningkatkan akauntabiliti,” katanya ketika berucap pada Kongres Keselamatan Jalan (RSC) dan Transport Expo Asia (TXA) di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan dan Keselamatan Jalan Raya berkata, langkah lain yang boleh dilakukan termasuk memperbaiki kawasan sekolah dan laluan pejalan kaki, menangani kawasan titik hitam dan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju dan muatan berlebihan.

Ahmad Zahid berkata, ibu bapa juga mesti menunjukkan teladan yang baik dan guru juga mesti menanam nilai sejak awal selain majikan mesti menyokong pemanduan berhemah.

“Pihak berkuasa tempatan juga mesti mereka bentuk persekitaran yang selamat dan pihak industri mesti berinovasi dengan tujuan yang jelas.

“Apabila setiap lapisan masyarakat memainkan peranan, kita membina budaya yang menghargai kehidupan dan melindungi antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN