KUALA LUMPUR: Ketegangan antara Thailand dan Kemboja disifatkan rumit dan tidak mudah, namun Malaysia kekal komited untuk memainkan peranan sebagai fasilitator bagi memastikan Perjanjian Damai Kuala Lumpur terus dihormati. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun keadaannya rumit dan tidak mudah namun Malaysia akan terus berusaha menjadi fasilitator bagi mengekalkan keamanan di rantau ini. “Panglima Angkatan Tentera (Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar) sentiasa berhubung dengan pihak tentera kedua-dua…










