PUTRAJAYA: Ketagihan dadah melalui e-rokok atau vape adalah ancaman serius yang sedang menular kerana kesannya lebih teruk kepada nyawa manusia. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya melihat vape sebagai ‘pintu masuk’ baharu kepada ketagihan lebih serius dan memberi kesan langsung kepada kesihatan mental seperti psikosis, halusinasi, keganasan melampau. Katanya, kesan dadah ini lebih sukar dirawat berbanding penagih opiat. Lebih membimbangkan katanya, ada pihak yang cuba…









