Kes ugutan terhadap Caprice diklasifikasi NFA - Utusan Malaysia

Kes ugutan terhadap Caprice diklasifikasi NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes ugutan bunuh berkaitan satu laporan polis dibuat oleh pempengaruh media sosial Caprice pada Julai lalu, yang mengaitkan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ dan jurulatih transformasi berprestasi tinggi, telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perkara itu disahkan menurut sepucuk surat rasmi bertarikh 26 Nov yang ditandatangani Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, DSP Mohd Faizal Mohd Salleh, yang dialamatkan kepada Tetuan Solehuddin & Ozier.

“Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan diputuskan sebagai NFA. Barang kes akan dipulangkan dalam kadar segera.” menurut surat berkenaan.

Kes tersebut melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R. Jeyenderan, dan Syed Mohammad Murad Syed Naseem, atau Murad “Baddestcoach” Zaidi, yang telah disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Peguam Aizzat Mustafa yang mewakili kedua-dua individu berkenaan mengesahkan perkara itu.

Pada 10 Julai lalu, Caprice telah membuat laporan polis berhubung pesanan Instagram yang didakwa berunsur ugutan. Polis menjalankan siasatan susulan, sebelum keputusan NFA dikeluarkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN