KUALA PILAH: Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan kumpulan kongsi gelap dalam kes tembak dan tetak seorang lelaki dalam kejadian di Sendayan, Seremban, 19 November lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini empat suspek telah ditahan berkaitan kes tersebut dengan keempat-empatnya masih direman “Empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan dalam dua siri tangkapan pada 21 dan 22 November dan kesemuanya direman bagi…










