PETALING JAYA: Larangan penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak bawah 16 tahun tidak dapat menjamin keselamatan digital sepenuhnya bagi menghalang sebarang kandungan lucah atau berbahaya daripada kanak-kanak. Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr. Farah Nini Dusuki berkata, fokus kerajaan seharusnya lebih tertumpu kepada membina ketahanan digital berbanding kenakan larangan yang semata-mata tidak memadai dalam memastikan keselamatan kanak-kanak di ruang siber. Katanya, tanpa kemahiran melayari internet dengan selamat,…










