KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 secara progresif dengan pemantauan lebih ketat. Ia termasuk melalui penggunaan dashboard khusus serta penyelarasan di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lima substrategi NACS telah diselesaikan tahun lalu manakala 18 lagi substrategi berjaya dilaksanakan sehingga November tahun ini. Katanya, pendekatan baharu melalui sistem pengurusan antirasuah dan anti-bribery management system membolehkan…







