PUTRAJAYA: Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu oleh Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. (Semantan) berkait Duta Enclave akan diputuskan pada 13 November ini. Dalam kes sivil, mana-mana pihak yang ingin merayu ke mahkamah tertinggi negara perlu mendapatkan kebenaran untuk merayu terlebih dahulu. Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tanah seluas 106.542 hektar di Jalan Duta yang turut dikenali sebagai Duta Enclave kekal menjadi milik kerajaan selepas membenarkan rayuan Pendaftar…










