Kemuka bukti dakwaan skandal ADUN Melaka dengan isteri orang

Kemuka bukti dakwaan skandal ADUN Melaka dengan isteri orang

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Individu yang membuat dakwaan kononnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang perlu mengemukakan bukti, bukannya sekadar cakap kosong.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, memberi contoh seorang Exco Pemuda UMNO yang direhatkan baru-baru ini, parti tidak akan melindungi mana-mana pemimpin yang terbukti terlibat dengan salah laku.

“Bagi saya kalau ada bukti kemukakanlah janganlah cakap-cakap kosong kerana hari ini dunia tanpa sempadan banyak perkara-perkara fitnah. Kalau ada bukti kemukakan sebab ini dah nak dekat pilihan raya, jadi bagi saya kalau terbukti salah, salah lah kerana kita tak melindungi mana-mana orang yang salah.

“Tapi janganlah sampai buat fitnah hendak menjatuhkan orang. Dulu ada juga yang cakap-cakap orang ini tak betul tapi akhirnya benda itu senyap, tak pergi ke mana pun dan orang yang sebar ini adalah orang yang sama juga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Pemindahan Teknologi Pengurusan Tanaman Nanas Negeri Melaka 2025 di Bukit Katil di sini, hari ini.

Muhamad Akmal berkata, isu bersifat peribadi tidak harus dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, prinsip kepemimpinan cukup jelas bahawa jika berlaku salah laku, tindakan mesti diambil segera.

“Apa sekalipun kita nak jalan terus, perkara-perkara yang individu ini kalau ada bukti salah dan kita tidak akan melindungi tapi kalau sekadar cakap-cakap, semua orang boleh cakap,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN