Kanak-kanak dibelasah kerana dituduh curi power bank

Kanak-kanak dibelasah kerana dituduh curi power bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki cedera dibelasah beberapa individu di kawasan medan selera di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dekat sini, baru-baru ini kerana didakwa mencuri power bank (pengecas mudah alih).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa berumur 12 tahun itu dituduh mencuri power bank milik rakan kepada salah seorang suspek.

“Mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis di Setapak dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, susulan itu tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun diberkas di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak cedera selepas dipukul beberapa individu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN