'Kalau calon bebas menang, dia mahu hubungi siapa?'

‘Kalau calon bebas menang, dia mahu hubungi siapa?’

ANWAR Ibrahim sewaktu program Rapat Umum DUN Petagas bersama calon Pakatan Harapan, Awang Husaini di Petagas, Sabah.-FB ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Hanya wakil rakyat yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan mampu mempercepatkan penyelesaian isu rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Awang Husaini Sahari mempunyai kelebihan untuk membawa suara penduduk secara terus ke Putrajaya sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Menurut Anwar, hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan kepimpinan negeri ketika ini membolehkan masalah setempat diselesaikan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Jika Awang Husaini menang di Petagas, dia boleh berhubung terus dengan saya. Yang lain kena tunggu,” katanya ketika berucap pada program ceramah di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa calon bebas berdepan kekangan untuk mendapatkan saluran rasmi dalam menyelesaikan masalah rakyat di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Kalau calon bebas menang, dia mahu hubungi siapa? Ini masalah rakyat, siapa yang akan bantu?” katanya.

Kerusi Petagas mencuri perhatian dalam PRN kali ini apabila menyaksikan pertandingan 10 penjuru, termasuk pertembungan dua beradik iaitu Awang Husaini dan penyandang kerusi, Awang Ahmad Sah Sahari.

Awang Ahmad memenangi kerusi berkenaan pada 2020 atas tiket Warisan dengan majoriti 261 undi sebelum bertanding sebagai calon bebas selepas tidak dicalonkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN