JKR Perak tumpu dua laluan berisiko tanah runtuh - Utusan Malaysia

JKR Perak tumpu dua laluan berisiko tanah runtuh

MOHAMMAD Nizar Jamaluddin (dua dari kanan) pada program CSR Bagi Kesiapansiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di Stesen Minyak Shell Jalan Ipoh-Tanjung Malim, Simpang Pulai, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri memberi tumpuan dua kawasan utama berisiko berlaku kejadian tanah runtuh iaitu laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, JKR bersama syarikat konsesi terlibat akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan di kawasan terlibat sepanjang tiga bulan musim Monsun Timur Laut (MTL).

Menurutnya, ini bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di kedua-dua lokasi kritikal itu yang mampu menjejaskan pengguna jalan raya termasuk perihal keselamatan.

“Di situ, pernah berlaku tanah runtuh, jadi kalau berlaku semasa MTL akan menjejaskan pengguna jalan raya.

“Jadi, JKR bersama-sama dengan syarikat konsesi akan berikan perhatian lebih supaya tidak ada tanda-tanda yang membuatkan akan roboh atau berlaku rebak yang besar dengan penambahan pemantauan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada gotong-royong membersihkan longkang sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bagi Kesiapansiagaan Monsun Timur Laut (MTL) yang dianjurkan oleh JKR Perak di Stesen Minyak Shell, Jalan Ipoh-Tanjung Malim, Simpang Pulai di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKR negeri, negeri, Ir. Zamri Mat Kasim.

Sementara itu, Mohammad Nizar mencadangkan supaya penyelenggaraan longkang bukan sekadar dilakukan oleh pihak JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) semata-mata tetapi melibatkan pemilik taman perumahan, premis dan orang awam.

“Saya nak cadangankan kalau boleh pengurusan mana-mana taman. Macam kat sini Shell (stesen minyak) gotong-royong, cuci, dia ‘anak angkat’ longkang berhampiran.

“Tabiat untuk mencuci longkang ini bukan hanya daripada JKR, JPS tetapi tuan punya premis di tepi jalan itu,, taman perumahan dan orang awam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN