Jika jadi menteri, saya basmi pendatang asing di Sabah - Azharina Azhar

Jika jadi menteri, saya basmi pendatang asing di Sabah – Azharina Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Azharina Azhar berharap rakyat Sabah membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu dengan memilih pemimpin dan parti yang diyakini mampu membawa perubahan kepada negeri berkenaan.

Azharina yang berasal dari negeri di bawah bayu berkata, pemilihan pemimpin yang betul penting agar ekonomi dan pembangunan di negeri itu dapat lebih diperkasakan di masa akan datang.

“Masih banyak kawasan di Sabah yang kekurangan bekalan air, dan elektrik selain ketiadaan kemudahan jalan raya yang baik.

“Tiga perkara itu masih menjadi masalah yang membelenggu rakyat.

“Jadi, kita perlukan pemimpin yang jujur, amanah dan ikhlas yang mampu membawa perubahan kepada negeri Sabah.

“Mentaliti orang Sabah perlu diubah. Elakkan pilih calon (pilihan raya) yang hari ini kata sedia bersatu, tetapi esok tak ubah seperti lompat si katak lompat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Azharina juga berharap kebanjiran pendatang asing yang semakin teruk di Sabah juga dapat dibasmi demi keharmonian penduduk negeri itu.

“Kalau berpeluang jadi menteri, antara perkara yang akan saya usahakan adalah naik taraf sekolah di kawasan pedalaman.

“Dan yang paling penting, basmi kebanjiran warga asing yang menimbulkan banyak masalah dan mencacatkan imej Sabah,” kongsinya.

PRN Sabah ditetapkan pada 29 November ini manakala tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 15 November ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN