PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang dijadualkan bersidang esok tidak akan membincangkan isu rombakan Kabinet, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mengesahkan perkara itu pada Program Jelajah Malaysia Digital di Tawau, Sabah, hari ini. “Rombakan Kabinet tidak dibincangkan. Fokus kami sekarang ialah memuktamadkan soal sama ada akan merayu atau tidak (keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah), dan kita akan selesaikan esok,” katanya,…










