KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenal pasti lebih 64,000 punca tetap industri meliputi kilang, kemudahan dan infrastruktur yang boleh menjadi penyumbang kepada pencemaran di seluruh negara. Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pihaknya justeru memerlukan tambahan sebanyak 3,000 anggota bagi melaksanakan operasi pemantauan dan pemeriksaan di kawasan yang terlibat. Katanya, setakat ini agensi tersebut hanya mempunyai kekuatan lebih 1,111 anggota untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan operasi…










