PUTRAJAYA: Pentadbir sekolah terutama pengetua dan guru besar diingatkan supaya tidak menyembunyikan sebarang kes salah laku murid semata-mata mahu menjaga imej baik sekolah masing-masing atau tidak mahu terganggu kerana sudah hampir bersara. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, sebaliknya setiap isu disiplin yang timbul perlu ditangani secara berani, terbuka dan berhemah agar dapat dicari jalan penyelesaian bersama-sama, segera dan betul demi melahirkan generasi murid berkualiti. Beliau memberi…










