Isteri Shahrol Shiro terkandas di Hatyai, jalan ke lapangan terbang ditutup - Utusan Malaysia

Isteri Shahrol Shiro terkandas di Hatyai, jalan ke lapangan terbang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Shahrol Shiro, tidak senang duduk apabila isteri tercinta, Nor Farhanah Syamimi, bersama anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi, terkandas di Hatyai susulan banjir kilat yang melanda bandar  itu sejak kelmarin.

Menurut Shahrol, keadaan di Hatyai semakin meruncing apabila beberapa kawasan mula dinaiki air, sekali gus menyebabkan laluan utama menuju ke lapangan terbang  tidak boleh dilalui.

“Menurut isteri, hujan semakin lebat dan beberapa lokasi sudah dilanda banjir. Jalan ke lapangan terbang juga sudah ditutup.

“Di Facebook, saya lihat keadaan semakin teruk. Saya pula berada di Sabah. Sebagai seorang suami, tentulah hati saya tidak tenang. Isteri kini bersama anak dan keluarga adiknya,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Shahrol menitipkan pesanan agar isterinya kekal kuat selain berharap situasi banjir di Hatyai kembali pulih dalam masa terdekat.

“Mohon semua doakan keselamatan semua mangsa yang terlibat dan semoga banjir segera surut.

“Sayang, saya tahu kamu kuat dan mampu hadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, beberapa rakyat Malaysia turut berkongsi keadaan tegang di Hatyai apabila bandar itu dinaiki air sejak Jumaat.

Keadaan bertambah buruk apabila kedai-kedai tidak beroperasi dan bekalan elektrik di beberapa hotel dilaporkan diputuskan pada Sabtu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN