Insiden lubang benam di Sungai Ara undang kebimbangan pengguna

Insiden lubang benam di Sungai Ara undang kebimbangan pengguna

KEJADIAN lubang benam yang berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini.-GAMBAR/FACEBOOK ADUN BAYAN LEPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Insiden lubang benam atau ‘sinkhole’ terbaharu yang berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini mengundang kebimbangan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, ketika ini, pasukan khas dari Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan.

“Mereka (pasukan JKR) kini berada di lokasi untuk menilai tahap kerosakan sebelum menjalankan kerja-kerja pembaikan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya di sini, hari ini.

Kejadian lubang benam itu dikatakan menarik perhatian penduduk sekitar yang turut berkongsi gambar kejadian di media sosial sambil menzahirkan kerisauan mereka terhadap keadaan struktur jalan di kawasan terbabit.

Difahamkan, setakat ini, belum ada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan yang berlaku susulan insiden luar jangka itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN