KUALA LUMPUR: Beberapa insiden insiden kanak-kanak terjatuh dari pangsapuri sejak kebelakangan ini tidak wajar dikaitkan dengan kegagalan reka bentuk bangunan kediaman di negara ini. Presiden Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Datuk Ar. Azman Md Hashim berkata, aspek keselamatan seperti ketinggian dan jenis penghadang atau beranda (railing) telah ditetapkan jelas dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984. Katanya, malah garis panduan keselamatan itu sudah lama wujud dan wajib dipatuhi setiap arkitek sebelum…









