Hazeeq takut cakap soal kontroversi - Utusan Malaysia

Hazeeq takut cakap soal kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Cik Bunga ada dengar cerita mengenai pelakon baharu meningkat naik. Siapa lagi kalau bukan Hazeeq Dean.

Dia dikatakan pada mulanya enggan ditemu bual berhubung isu babak mesra bersama teman tapi mesranya, pelakon, Dayang Areeda. Itu pun berkenaan isu bercium yang tular dalam media sosial sebelum ini.

Difahamkan, Hazeeq pada awalnya kurang selesa menjawab pertanyaan mengenai dakwaan adegan bercium yang dikatakan berlaku di luar set penggambaran, sekali gus membuatkan aktor itu beberapa kali mengelak wartawan yang cuba mendapatkan reaksinya.

Menurut sumber, Hazeeq dilihat cuba menjauhkan diri daripada media ketika menghadiri sebuah acara hiburan, dipercayai masih belum bersedia untuk mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Namun keadaan tersebut tidak berpanjangan apabila pengurusnya berjaya memujuk Hazeeq supaya tampil memberikan kenyataan ringkas bagi mengelakkan spekulasi terus berlarutan.

Cik Bunga puji tindakan pengurusnya yang telah menasihati Hazeeq bahawa sikap berdiam diri hanya akan mengundang lebih banyak andaian dan sindiran dalam kalangan netizen.

Difahamkan, selepas dipujuk, barulah Hazeeq akhirnya beranikan diri bertemu wartawan dan membuka mulut.

Baguslah begitu. Cik Bunga juga hendak mengingatkan artis-artis lain. Kalau boleh, jangan gemar memilih melarikan diri daripada masalah atau sesuatu isu apabila diri terpalit.

Tidak semua isu dapat diselesaikan dengan cara melarikan diri.

Kalau Hazeeq teruskan sikap profesional begini, itu lebih baik. Ramai orang akan hormati awak. Betul tak? Apa pun, kita tutup buku lama dan buka buku baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN