PETALING JAYA: Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hak perlembagaan Sabah mengenai 40 peratus pemberian khas hasil negeri disifatkan perkembangan positif, tetapi perlu diterima dengan berhati-hati. Bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Roger Chin berkata, keputusan itu menunjukkan pengiktirafan jelas Putrajaya terhadap hak perlembagaan Sabah yang telah termaktub sejak pembentukan Malaysia. Bagaimanapun, katanya, langkah kerajaan untuk memfailkan rayuan terhadap sebahagian alasan penghakiman perlu diperhatikan dengan berhati-hati…







