Hari ini penentuannya untuk rakyat Sabah

Hari ini penentuannya untuk rakyat Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan membuang undi pagi ini di pusat daerah mengundi SK Titingan.

Beliau menyifatkan hari ini sebagai kemuncak kepada segala usaha dan kerja keras jentera GRS sepanjang 14 hari tempoh berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Alhamdulillah, galanya berjalan baik selepas 14 hari kami berkempen. Inilah penentuannya dan kita bersyukur atas sokongan yang diterima daripada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas beliau ditemani isteri, Datin Wahida Mardiana Norsalim serta empat anak beliau selesai menunaikan tanggungjawab tersebut pukul 8.34 pagi tadi.

Tambah beliau lagi, jentera GRS telah melaksanakan pelbagai program, termasuk gerak kerja lapangan dan ceramah perdana bagi memastikan pembangunan dan kestabilan sampai kepada pengundi.

Beliau turut menggesa rakyat Sabah keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka dan memilih kerajaan yang lebih stabil dan mampu membawa manfaat kepada rakyat.

“Saya berharap rakyat yang layak mengundi keluar beramai-ramai. Kalau boleh kita capai sehingga 70 peratus atau lebih . Ini tanggungjawab kita menentukan masa depan negeri yang kita cintai,” ujarnya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN