JOHOR BAHRU: Harga pas perjalanan perkhidmatan Bas.My di seluruh negara bakal diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat rakyat malah mampu menjimatkan RM200 hingga RM300 setiap bulan. “Kita tahu ada yang tinggal di Kulai, Pasir Gudang atau kawasan luar Johor Bahru dan bergantung sepenuhnya dengan bas untuk ke tempat kerja. Dengan pas RM30…









