TUARAN: Tidak berlaku sebarang pertukaran jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, sekali gus menolak spekulasi kononnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan digantikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan Hamzah kekal seperti sedia ada dan PN tidak pernah mempertimbangkan apa-apa perubahan. “Tidak ada apa-apa. Tidak ada pertukaran. Kekalkan sahaja. Dia (Radzi) pun tidak boleh di situ kalau dia (Hamzah) tidak ditukar. Kekal…










