MELAKA: Para pencari umpun-umpun pasir atau turut dikenali sebagai ‘cacing laut’ hilang sumber pendapatan ekoran kerja-kerja penambakan di Pantai Puteri di sini, sepanjang 2.3 kilometer (km). Umpun-umpun pasir merupakan umpan yang amat popular diguna pakai oleh kaki pancing, sama ada untuk memancing di pantai mahupun muara. Mohd. Hasril Mohd. Sharifuddin, 28, dari Lereh berkata, sejak projek penambakan bermula tiga bulan lalu, sumber pendapatannya hilang daripada RM800 kepada hanya RM80 sebulan.…









