GV Ride lancar program Get Driver', tawar ganjaran RM200

GV Ride lancar program Get Driver’, tawar ganjaran RM200

GV Ride
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengendali perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride menawarkan ganjaran tunai RM200 menerusi inisiatif ‘Get Driver Program” bagi pemandu yang berjaya merujuk pemandu atau penumpang baharu menggunakan platform itu.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, program itu diperkenalkan sebagai usaha memperluas komuniti GV Ride dan memberi pendapatan tambahan kepada pemandu sedia ada.

Beliau berkata, melalui program itu, pemandu boleh merujuk rakan untuk menjadi pemandu GV Ride di kawasan Subang Jaya.

“Pemandu yang merujuk dan pemandu baharu masing-masing akan menerima ganjaran RM200 apabila pemandu baharu itu melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh 30 hari.

“GV Ride turut membenarkan pemandu merujuk penumpang baharu, di mana ganjaran RM200 akan diberikan apabila penumpang tersebut menyiapkan 30 perjalanan dalam tempoh yang sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, rujukan boleh dilakukan dengan menghubungi pasukan syarikat itu atau melalui kunjungan terus ke ibu pejabat GV Ride.

Kabeer berkata, pemandu baharu mestilah pemandu pertama kali dan hanya sah jika mereka beroperasi di kawasan Subang Jaya sahaja.

“Ganjaran akan dikreditkan ke dalam e-dompet GV Ride dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja selepas proses pengesahan,” katanya.

Sementara itu, Kabeer berkata, program itu selaras komitmen syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan selamat, boleh dipercayai dan mampu membina ekosistem mobiliti yang lebih kukuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN