Guru vokal juga manusia biasa - Mariam - Utusan Malaysia

Guru vokal juga manusia biasa – Mariam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI, Datuk Syafinaz Selamat sebelum beberapa kali berdepan kritikan kerana persembahan nyanyiannya.

Syafinaz, yang juga guru vokal dan juri pertandingan nyanyian, menjadi sasaran kecaman kerana masyarakat mengharapkan persembahan nyanyian sempurna daripada beliau.

Penyanyi meningkat naik, Mariam Saim, 28, berdepan situasi sama kerana dia juga seorang guru dan penasihat vokal.

Dia tidak menolak beban yang dipikul penyanyi yang mengajar vokal, juga berat.

“Saya tidak nafikan beban itu berat. Setiap bidang, orang pasti mengharapkan kesempurnaan dari seorang guru yang kena sembunyikan kelemahan.

“Hakikatnya, guru juga manusia biasa yang ada kekurangan. Dan tidak semua guru vokal mampu puaskan hati semua orang dengan nyanyian mereka. Begitu juga halnya dengan penyanyi, tidak semua yang mampu mengajar vokal.

“Orang tetap akan mengkritik dan menghakimi. Tapi saya tetap berpegang, manusia, ada kelemahan. Walaupun kedudukan seorang guru vokal dan penyanyi itu susah, saya tidak mahu terbeban,” katanya.

Bercakap tentang karier nyanyian, anak kelahiran Johor ini, selepas menyertai rancangan Calpis Soda One In A Million tahun lepas giat merencana kerjaya.

“Selepas menyertai One In A Million, ramai yang menasihatkan kepada saya agar berkarya, cipta lagu. Hal itu tidak mudah kerana ilham untuk menghasilkan lagu ini muncul tak tentu waktu.

“Jadi, saya kena uruskan masa dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya ada satu hari dalam seminggu untuk saya berkarya, masuk studio, cari idea dan sebagainya,” katanya.

LAGU BAHARU

Kerjasama sulung antara Mariam dengan anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar menerusi lagu Puaskah ternyata membuah hasil.

Peminat rata-ratanya menyambut baik paduan suara yang dipersembahkan kedua-dua penyanyi ini dalam lagu itu.

Ramai mengharapkan agar gandingan mereka diteruskan. Dan disebabkan itu, permintaan peminat dilunaskan.

“Saya gembira melihat sambutan pendengar terhadap lagu Puaskah. Rata-ratanya memberi respons positif.

“Tambah manis apabila lagu ini, selain dipilih sebagai lagu latar drama Bukan Ipar Sempurna, juga tercalon carta Muzik Muzik 40.

“Ramai yang mahukan lagu kedua dari kami, jadi permintaan itu kami lunaskan. Single kedua itu sudah pun dirakam, tapi mungkin terlalu awal untuk saya ceritakan.

“Tapi, jujur saya katakan lagu ini lebih mencabar untuk dinyanyikan berbanding single pertama kami,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN