PETALING JAYA: Biarpun dibenar melakukan pemeriksaan mengejut atau spot check terhadap beg sekolah, tetapi para guru berada dalam dilema kerana mereka sendiri tidak mengetahui secara jelas apa yang boleh dan tidak boleh dibawah ke sekolah oleh pelajar. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mengeluarkan satu garis panduan standard mengenainya. Katanya, ketiadaan panduan rasmi menyebabkan pihak sekolah berada…










