DUN Kelantan: Jual lombong emas sekadar 'khabar angin'

DUN Kelantan: Jual lombong emas sekadar ‘khabar angin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan dakwaan kawasan lombong emas seluas 251 hektar di Mukim Kusial, Tanah Merah, dekat sini mahu dijual pada harga RM12 juta sebagai khabar angin.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, kerajaan negeri masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Katanya, setakat ini belum berlaku sebarang pelanggaran atau jualan sebagaimana yang didakwa.

“Banyak laporan melalui media sosial yang mana selepas kita kaji, laporan itu hanya berbentuk pandangan sisipan atau hearsay (khabar angin) sehinggalah kita dapati belum berlaku (sebarang) pelanggaran atau jualan secara haram.

“Apa yang dibangkitkan itu kita masih mengkaji, meneliti dan menunggu laporan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim semasa Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim, di sini  hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang individu membuat hebahan berkaitan kawasan lombong emas seluas 251 hektar yang mahu dijual dengan harga RM12 juta.

Mohamed Fadzli berkata, berdasarkan semakan lokasi hebahan untuk dijual itu, kawasan berkenaan diberi pajakan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama syarikat Sri Damai Mine Trading.

Beliau berkata, pajakan melombong itu masih berkuat kuasa hingga 22 Disember ini, namun sehingga kini penerima pajakan belum menjalankan aktiviti perlombongan emas di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN