PETALING JAYA: Dua sungai kini melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan yang berlaku di utara dan selatan tanah air. Berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal Public InfoBanjir, sungai yang mencatat paras kritikal ialah di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis serta Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian, Johor. Paras air di Empangan Timah Tasoh direkodkan 29.8 meter mengatasi paras bahaya 29.6 meter, manakala Sungai Pulai…









