SEREMBAN: Dua lelaki ditahan susulan video tular di media sosial perbuatan tidak senonoh dua individu di dalam sebuah kereta baru-baru ini. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alfazny Ahmad berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung penularan video itu dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan Bahau. Katanya, dua lelaki yang ditahan semalam dan hari ini itu masing-masing berusia 36 dan 19 tahun. Turut dirampas sebuah Perodua Alza serta…










