Geng Ajoi aktif curi motosikal diberkas

Geng Ajoi aktif curi motosikal diberkas

AHMAD Sukarno Mohd. Zahari melihat motosikal curi yang berjaya ditemukan semula susulan penangkapan dua anggota Geng Ajoi di IPD Sentul, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis memberkas dua lelaki anggota Geng Ajoi yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 26 Oktober lalu.

Geng Ajoi dikatakan aktif sejak Julai lalu dengan menyasarkan kawasan apartmen dan tempat letak motosikal tepi jalan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisoner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, penahanan suspek berusia 38 dan 28 tahun dilakukan sepasukan polis daripada Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sentul Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di dua lokasi di ibu negara.

Beliau berkata, susulan penangkapan suspek, tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar ibu negara sebelum ini berjaya ditemukan semula dan dirampas dengan anggaran nilai RM50,000.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek terlibat dalam empat lagi kes kecurian motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Susulan tangkapan ini, kita berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal.

“Kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini, hari ini.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kini direman bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN