Dibarisi pemain muda, India tidak letak sasaran tinggi - Utusan Malaysia

Dibarisi pemain muda, India tidak letak sasaran tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juara lima kali, India tidak meletakkan harapan tinggi pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-31 di sini yang akan bermula Ahad ini.

Sebaliknya, Ketua Jurulatih India, Craig Fulton berkata, kejohanan jemputan berprestij itu akan menjadi medan untuk memberi pendedahan dan menimba pengalaman buat anak buahnya ke Piala Dunia dan Sukan Asia tahun depan.

Menurutnya, skuad itu dibarisi pemain muda yang akan menjadi asas kepada pembentukan skuad utama India.

“Justeru Piala Sultan Azlan Shah ini menjadi pentas mereka menimba ilmu dan mendapat pendedahan” katanya.

Menurut jurulatih itu, India merehatkan ramai pemain senior dan berpengalaman pada kejohanan kali ini.

Katanya, India hadir pada kejohanan kali ini tanpa ramai pemain utama.

“Namun saya mengharapkan persembahan bertenaga daripada para pemain muda.

“Piala Sultan Azlan Shah adalah kejohanan utama dalam kalendar hoki antarabangsa dan India memandang ke hadapan untuk menyertai Kejohanan ini,” katanya.

India membuka kempen bertemu Korea pada Ahad ini.

Pasukan itu kemudian bertemu pilihan utama kejohanan, Belgium yang tampil dengan barisan utama sehari kemudian.

Pasukan itu akan bertemu tuan rumah pada 26 November, dikuti New Zealand.

Pertemuan dengan Kanada pada 29 November melengkapkan jadual pusingan awal.

Dua pasukan teratas layak ke perlawanan akhir pada 30 November.

India kali akhir muncul juara pada edisi 2010 dan naib juara pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN