PETALING JAYA: CIMB Bank Berhad (CIMB) membuat kemunculan sulungnya dengan terbitan Bon Panda bernilai RMB3 bilion (RM1.77 bilion) bagi tempoh tiga tahun di Pasaran Bon Antara Bank China, yang menawarkan kadar kupon tetap sebanyak 2.18 peratus. Ini menjadikannya terbitan tranche tunggal terbesar oleh sebuah institusi Malaysia setakat ini. Terbitan Bon Panda itu juga merupakan terbitan Bon Panda kedua terbesar oleh penerbit dari ASEAN setakat ini dan telah berjaya memperoleh kadar…










