KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerima purata 600 aduan membabitkan isu pembinaan dan ubah suai rumah setahun sejak tujuh tahun lalu. Ketua Eksekutif CIDB, Zainora Zainal berkata, dalam tempoh tersebut pihaknya menerima sebanyak 3,201 aduan membabitkan dua isu berkenaan, menjadikannya antara aduan tertinggi diterima CIDB. Beliau berkata, pada 2024 sahaja, sebanyak 564 aduan diterima, manakala sehingga Oktober lalu sebanyak 367 aduan direkodkan. Katanya, melalui CIDB Careline dan…










