Selepas menghadiri kenduri tahlil arwah Anjang Surip, Jais bersama rakan-rakannya tidak terus pulang ke rumah. Mereka lantas melepak di tembok depan balai raya di hujung kampung. Memang di situlah ‘port’ mereka setiap hari, pantang ada waktu terluang di situlah mereka akan berkumpul berbual setelah seharian penat membanting tulang di kebun. “Tak sangka betul pejam celik, pejam celik sudah 40 hari Anjang Surip meninggal dunia kan? Dahlah tiada sakit apa-apa, tahu-tahu…










