Calon PH DUN Silam tarik diri PRN Sabah

Calon PH DUN Silam tarik diri PRN Sabah

CALON Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut yang dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

Katanya, ia termasuk menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti-parti komponen dalam PH serta rakan kerjasama politik di Sabah.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini adalah keputusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.

“Semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan kestabilan politik Sabah terus terpelihara, katanya dalam kenyataan hari ini.

DUN Silam menyaksikan pertembungan antara sembilan calon termasuk dua parti kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Antara juga bertanding Parti Warisan yang meletakkan Datuk Mohammad Yusof Apdal dan Perikatan Nasional (PN).

Mustapha berkata, Abdul Halim walaupun tidak bertanding telah menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan.

“PKR Sabah menghargai semangat perjuangan beliau yang tidak pernah pudar demi rakyat dan Sabah.

“Kami menyeru seluruh jentera dan penyokong PH di Silam khususnya dan Lahad Datu amnya agar kekal tenang, terus fokus, dan terus memperkukuh perpaduan demi kemenangan gabungan kita dan masa depan rakyat Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN