TELUK INTAN: Kudung sebelah tangan akibat kemalangan jalan raya tidak menjadi penghalang seorang lelaki di Kampung Bahagia di sini melakukan kerja kampung untuk mencari rezeki. Herry Nizam Salleh, 45, berkata, dia mengalami kudung tangan kiri sehingga paras siku selepas terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya di Johor Bharu pada 2018. Dia yang masih bujang berkata, pada awalnya dia hilang semangat dan tidak yakin dengan kemampuannya setelah hilang tangan kiri dan…










