PETALING JAYA: Pelaksanaan pemeriksaan mengejut beg sekolah dalam kalangan murid mendapat sokongan ibu bapa yang melihat langkah itu sebagai satu keperluan mendesak dalam memastikan disiplin dan keselamatan anak-anak di sekolah sentiasa terjamin. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata ibu bapa yang ditemui menyokong tindakan pemeriksaan mengejut demi mengekalkan disiplin dan keselamatan murid-murid di sekolah. Seorang bapa, Firdaus Zulkifli, 40, berkata, tindakan itu bukan sekadar prosedur biasa, sebaliknya perlu dijadikan amalan berterusan…










