KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) selepas ini akan lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan menerusi penggunaan Terminal Mykad yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah itu bertujuan memastikan setiap pengguna yang layak dapat menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 tanpa menghadapi masalah capaian internet. Katanya, kerajaan mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh rakyat di kawasan pedalaman khususnya mereka yang…










