BN yakin tawan Sabah berdasarkan kekuatan jentera

BN yakin tawan Sabah berdasarkan kekuatan jentera

WAN ROSDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan Sabah dan membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keyakinan itu disandarkan atas persiapan jentera yang tersusun serta kredibiliti calon yang diketengahkan di 45 kerusi dipertandingkan.

Beliau berkata, keyakinan turut disoking oleh komitmen tinggi jentera parti di peringkat akar umbi serta penerimaan positif rakyat Sabah terhadap calon BN.

“Kami tampilkan persiapan jentera dan barisan calon yang kuat. Insya-Allah BN akan mencapai kejayaan.

“Kami dapati 45 kerusi itu sudah memadai untuk membentuk kerajaan negeri. Malah penerimaan rakyat terhadap calon-calon kita juga begitu baik,” katanya selepas ditemui pada Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya anjuran Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Katanya, BN menyasarkan sekurang-kurangnya memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan di Sabah.

BN Sabah mempertaruhkan 45 kerusi pada PRN17 sekali gus mengukuhkan semula pengaruh politiknya di peringkat negeri.

Pemilihan kerusi dipertandingkan dianggap strategik serta mempunyai potensi kemenangan tinggi berdasarkan kekuatan jentera, demografi pengundi dan rekod prestasi wakil rakyat sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN