PADANG BESAR: Murid-murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit di sini cemas apabila sebuah blok bangunan yang antaranya menempatkan lapan bilik darjah musnah dalam kebakaran hari ini. Kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu tidak melibatkan kemalangan nyawa dengan hanya seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan iaitu melecur 30 peratus. Murid-murid pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan semua mereka turut dipindahkan ke dewan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Penolong Pengarah…







