Bila kita reda, Allah buka banyak jalan keluar - Safura Ya'cob - Utusan Malaysia

Bila kita reda, Allah buka banyak jalan keluar – Safura Ya’cob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya reda atas segalanya.”

Demikian reaksi penyanyi, Safura Ya’cob terhadap ujian kesihatan yang dihadapi suaminya yang juga pelakon, Sharonizam Noor.

Kata Safura, sebagai isteri, dia perlu sentiasa positif dan berkongsi semangat agar suaminya kuat berdepan ujian Tuhan.

“Allah sudah bagi kebahagiaan. Jadi, bila diuji, kami sekeluarga kena menerima dengan positif. Kena perbanyakkan istighfar.

“Saya akui, tumpah air mata saya bila berborak dengan suami tentang penyakit yang dialaminya. Tapi suami saya kuat dan keadaan itu membuatkan saya turut positif.

“Jadi, kami reda dengan ujian ini. Alhamdulillah, bila reda, Allah buka banyak jalan keluar,” katanya.

Safura berkata demikian ketika ditemui media sempena program ziarah anjuran Persatuan Seniman Malaysia ke kediaman Sharonizam di Ampang, baru-baru ini.

Turut hadir adalah wakil kepada ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau Altimet serta wakil D’Ayu Pictures Sdn. Bhd.

Sharonizam baru-baru ini disahkan mengalami ketumbuhan pada bahu kanannya dan selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Safura, susulan pembedahan, suaminya dinasihatkan agar berehat beberapa bulan daripada sebarang aktiviti lakonan.

“Alhamdulillah, Allah beri rezeki lain. Dalam tempoh suami berehat, saya ditawarkan untuk menjayakan sebuah pementasan arahan Rohaya Atan, yang mana asalnya teater membabitkan suami saya.

“Saya bersyukur, dalam berdepan dugaan, Allah berikan banyak rezeki kepada keluarga kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN