PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said segera meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya bagi memperkukuh garis pemisahan antara sumber kerajaan dan parti politik. Bersih juga mahu kerajaan menghentikan semua program yang memberi manfaat material kepada pengundi sepanjang kempen kecuali perkhidmatan kritikal. “Kami telah mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang pindaan…







