ISKANDAR PUTERI: Setiap seorang pengamal media di Johor yang yang berdaftar dengan Kelab Media Johor (KMJ) bakal menerima pemberian tunai sebanyak RM1,000. Berita gembira itu selepas kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada pengamal media di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang diumumkan menerusi Belanjawan Johor 2026. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif khas kepada pengamal media itu merupakan sebahagian daripada 23 komponen di bawah Bantuan Kasih…










