PETALING JAYA: Bekas Setiausaha PKR Sabah, Sazalye Donol Abdullah mengumumkan menyertai Parti Warisan.
Sazalye berkata, keputusan itu dibuat kerana pendirian parti tersebut terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tuntutan 40 peratus hasil Sabah.
Beliau berkata, keputusannya meninggalkan PKR bukan disebabkan permusuhan peribadi, tetapi kerana keinginannya untuk menyertai parti lebih bersih, telus dan konsisten.
“Warisan adalah satu-satunya parti yang sehaluan dengan pandangan saya dan rakan-rakan saya
“Saya lihat Warisan bukan sahaja bercakap, tetapi juga bertindak, terutamanya dalam melaksanakan MA63.
“Bukan bermaksud parti lama saya tidak baik, tetapi saya mahukan ruang yang lebih bersih. Saya lihat Warisan benar-benar menjaga perpaduan rakyat Sabah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Warisan semalam.-UTUSAN










