PETALING JAYA: Bank Rakyat menyalurkan hampir RM200,000 melalui Program Santuni MADANI dan Sekolah Angkat MADANI memanfaatkan lebih 400 penduduk Kampung Kong Kong Laut, Masai. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd. Shariff berkata, program itu bukan sekadar penyampaian sumbangan tetapi usaha memperkukuh daya sosioekonomi masyarakat luar bandar melalui literasi kewangan, keusahawanan dan ekosistem pembayaran digital. “Program ini bukan sekadar wadah khidmat bakti untuk kami memberi semula kepada masyarakat,…










