KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selaras dengan agenda nasional untuk memperkukuh ekosistem sektor air negara melalui pendekatan pembiayaan mampan dan patuh syariah. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, inisiatif itu menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR2040) yang memberi tumpuan kepada penerokaan model pembiayaan alternatif bagi mempertingkat kecekapan dan ketahanan sektor…










